Pages

Sunday, August 7, 2011

C i l O k O r g p u n y er p O s t !

Terima kasih kerana membaca sinopsis buku Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq. Nampaknya tuan telah bertemu dengan buku yang sangat tepat sebagai hadiah untuk si cilik kesayangan tuan. Saya percaya ketika kita masih kecil, kita sangat suka menerima hadiah. Sekalipun hadiah itu sangat kecil seperti sekeping pin rambut rama-rama ataupun sebatang pensel dari Langkawi.

Malangnya kita tidak menerima hadiah setiap masa. Hanya ketika waktu-waktu istimewa sahaja kita menerima hadiah. Misalnya, hari-hari istimewa seperti majlis harijadi, ketika hari raya, ketika cuti sekolah, dan ketika kita mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.

Tahukah tuan, seperti yang pernah kita alami, kanak-kanak sangat gembira menerima hadiah. Mereka akan menyimpan hadiah itu, dengan elok, dan selalu mengingatinya, sebagai satu kenangan yang sangat indah. Mereka akan menjaga hadiah itu dengan baik, kerana mereka tahu, hadiah itu diberikan oleh orang yang istimewa, kepada mereka, bersempena dengan hari, dan peristiwa yang sangat istimewa, di dalam hidup mereka. Sehinggakan ada juga yang menyimpannya sehingga mereka menjadi seorang dewasa.

Tuan, begitulah ajaibnya hadiah buat seorang kanak-kanak. Sehingga ke hari ini, saya masih ingat lagi semua hadiah-hadiah yang telah saya terima sewaktu saya masih kecil. Mungkin ada di antara hadiah itu telah hilang dari dunia ini, tetapi di dalam memori saya, detik itu kekal terakam dengan indah bagaikan semalam sahaja saya menerima hadiah itu. Saya percaya tuan juga begitu.

Tuan, mahukah kalau saya anjurkan kepada tuan untuk memberikan satu hadiah yang istimewa buat si cilik yang tuan sayang? Hadiah ini tentu sekali amat bermakna buat mereka dan saya pasti mereka tentu sangat gembira menerimanya daripada tuan. Hadiah itu ialah sebuah buku yang telah saya karang dengan rasa percaya bahawa dunia kanak-kanak adalah sangat istimewa.

Tuan tentu tertanya-tanya bagaimanakah rupa buku yang sangat istimewa ini. Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq ialah sebuah buku yang diselang-selikan dengan ilustrasi warna-warni dan sangat sesuai untuk si cilik yang berumur 7-12 tahun. Ianya dapat mencungkil minat si cilik tuan untuk belajar cara-cara bermain bolasepak dengan mudah dan seronok. Tuan boleh mendapatkannya sebagai hadiah istimewa buat si cilik tuan secara online di BookCafe PTS.

Tuan, seandainya tuan ingin mengetahui sinopsis buku ini, sila teruskan membaca sinopsis di bawah ini:

SINOPSIS TIKET BOLASEPAK UNTUK PUTERA HAZIQ

Kedatangan tuan ke sini sungguh membahagiakan saya. Inilah buku yang menjadi kegilaan ramai kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Sudah tentu tuan hendak mengetahui sinopsis buku ini. Jadi, saya telah menyediakan sinopsis yang sungguh mengujakan!

Putera Haziq bersekolah di Sekolah Rendah Tujuh Cahaya. Malangnya dia tidak tahu bermain bolasepak. Lalu dia telah mengadu nasibnya kepada ayahandanya. Demi anakandanya, Sultan Ali telah menghadiahkan Putera Haziq sebiji benih lampu lili dan sekeping tiket emas. Baginda berharap Putera Haziq dapat belajar cara-cara bermain bolasepak dengan menggunakan tiket emas itu. Dengan menanam benih lampu lili itu, dengan tiba-tiba keretapi gerabak satu yang berwarna merah muncul dari angkasa. Keretapi itu dipandu oleh wak Man, seorang lelaki tua berjubah hijau.

Dengan tiket emas itu, Putera Haziq dapat menaiki keretapi itu dan meluncur ke alam fantasi merentasi dimensi. Keretapi itu akan berhenti di empat buah stesen. Stesen pertama ialah Stesen Pokok Menjalar. Stesen kedua ialah Stesen Daun Terbang. Stesen ketiga pula ialah Stesen Buluh Menyanyi. Manakala stesen terakhir ialah Stesen Coklat Cair.

Pada setiap stesen, Putera Haziq akan menemui makhluk fantasi yang cuba menangkapnya. Tetapi dengan bantuan Ola, sebiji bolasepak yang boleh berkata-kata, dia berjaya melepasi makhluk fantasi itu. Tuan mesti membaca sendiri buku ini untuk menghayati debaran-debaran yang sungguh mengujakan.

Selepas Putera Haziq berjaya melepasi makhluk fantasi di sesebuah stesen, dia akan menemui pintu ajaib yang menghubungkan stesen itu dengan sesebuah negara. Misalnya, Stesen Pokok Menjalar mempunyai pintu menuju ke negara Perancis. Di Perancis, Putera Haziq akan bertemu dengan Tuan Zinedine Zidane.

Ketika berada di Perancis, Putera Haziq akan diajar oleh Tuan Zinedine Zidane teknik-teknik bermain bolasepak dengan betul. Teknik-teknik ini ditulis dengan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Apa yang lebih penting, teknik-teknik ini praktikal kerana teknik-teknik ini dicungkil dari buku-buku bagaimana bermain bolasepak dengan betul.

Bukan sahaja anak-anak tuan akan dibawa mengembara ke Perancis, mereka juga akan dibawa melancong ke Sepanyol untuk bertemu dengan Fernando Tores, ke Jepun untuk menemui Nakata Hidetoshi, dan ke Korea Selatan untuk menemui Park Ji Sung. Tetapi, sebelum anak-anak tuan sampai ke negara-negara ini, anak-anak tuan akan melalui stesen-stesen fantasi yang penuh keajaiban yang mendebarkan.

Semua pembaca buku ini memberikan bintang tertinggi dan tuan juga mesti memilikinya satu pada hari ini juga! Buku ini menggabungkan fantasi dan realiti dengan sangat baik sehinggakan tuan sendiri akan berebut membacanya dengan anak-anak tuan!

Dapatkannya dengan segera di SINI. Tips membeli secara online di BookCafe.com.my ialah dengan membeli lebih daripada satu buku. Dengan demikian, kos penghantaran akan menjadi lebih murah. Kelebihan yang lain ialah DISKAUN HEBAT YANG LUMAYAN!

Anak-anak yang membeli buku Tiket Bolasepak Untuk Putera Haziq juga membeli buku Putera Fariri dan Buku Resepi Ajaib!


Tuan yang mulia, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan teruskan membaca artikel-artikel lain yang ada di sini. Sekiranya tuan hendak bersembang dengan lebih lanjut dengan saya, tuan bolehlah menghubungi saya di emel formula24hours@gmail.com.

Tuan yang budiman, ingat ya, setiap kanak-kanak ada ceritanya.

Yang benar,
Aliff Danial